Semalam aku sempat menghadiri satu event dalam kampung ni.
Member aku jemput, dia selaku ketua sahabat belia 4B dalam cawangan kat sini,
merangkap ketua program jugak.
Program berbuka puasa ni bertujuan khas memberi sumbangan
bagi ibu ibu tunggal dan fakir miskin.
YB. Datuk Gan Tian Loo menyampaikan bantuan kepada ibu tunggal & fakir miskin
Antara sumbangan yang diberi termasuklah duit raya, beras
dan keperluan makanan lain (berat satu goodies bag tu)
Sikit sikit dalam hati tercuit jugak rasa terharu dapat
berkongsi rezeki Allah SWT dengan hamba-hamba yang selayaknya.
Walaupun aku tak menyumbangkan apa apa dalam program ni,
tapi disebabkan member aku jemput hari tu, aku berkesempatan berbual sikit
sikit dengan orang kampung, dealing with makcik makcik.
Al maklumlah, kita
orang perempuan jarang keluar rumah jumpa dengan orang2 kampung kan.
Lagi2
dengan nenek nenek, aku tak membesar dengan nenek so aku tak berapa ‘skill’ nak
layan warga nenek ni.. tengok keletah nenek nenek hari tu, kelakar pun ada,
kesian pun ada..
Yang paling penting aku harap, rezeki ni boleh dikongsikan
pada hari2 lain bukan shj hari dalam bulan puasa ni.
Add on* : Rumah dah siap, pahat masih berbunyi. Mesti ada
orang yang mengata event2 macam ni hanya nak pancing undi. Bagi aku, biar lah
orang nak kata apa pun, tak memudaratkan sesiapa pun.
Biar rakyat yang memilih
pemimpin hok mane se yang ikhlas atau pemimpin hanya pada name tag.
Entry ni bukan nak hebohkan apa apa sumbangan, jauh sekali
riak! Minta dielakkan.
Sekadar untuk perkongsian dengan readers, mana tau boleh
menjana idea dalam kalangan kalian, perkara yang baik dicontohi, perkara
sebaliknya dihindari.. apa tanggungjawab utama belia kalau bukan berkhidmat
untuk komuniti setempat.
No comments:
Post a Comment