Saturday, 29 September 2012

Khasiat Green Tea

Pada siapa kenal aku, diorang tau aku ni suka ngeteh.
Ngeteh tu, al-maksudnya.. lepak lepak minum teh.. haa tu jee maksudnya.. bukan complicated sangat pun bahasa Terengganu ni

So aku selalu pekena teh o’ pun takpa,, kopi o’ pun aku lagi layaann... tapi kalau teh hijau aku xberapa ada peluangg sgt layann.. the latest aku layann green tea dgn kaklong kat spa urut kaki...
Tau tak apa khasiat teh hok kaler hijo ni:

Pertama : Menghindari Penyakit
mcm kaffein biasa juga, green tea ni adalah antioksidan yg kuat dan kajian membuktikan green tea ni dapat mengurangkan risiko kanser paru-paru, kanser prostat (bg lelaki), kanser kulit, stroke dan serangan jantung.

Kedua : Menurunkan Kolesterol dan Tekanan Darah
Kalau minum tiga cawan teh hijau sehari, dapat membekalkan antioksidan yang diperlukan oleh tubuh badan untuk menurunkan tekanan darah dan kolesterol (low LDL).

Ketiga : Menurunkan Berat Badan
Meminum secawan teh hijau sebelum melakukan aktiviti bersukan terbukti dapat mempercepat penurunan berat badan dan pembakaran lemak. Kajian membuktikan bahawa kafein mampu membebaskan asid lemak (fatty acid) untuk membakar lemak jauh lebih mudah. Antioksidan dalam teh juga bekerja sama dengan kafein untuk membantu anda membakar kalori lebih banyak. So boleh kurus lagi cepatt...

Recommended drink style : perahkan lemon dalam green tea, selain membuatkan rasa rasa masam, lemon juga mengandungi kandungan flavonoid untuk menghindari Hepatitis C!!
.. Jom tera (try) belaka!!!! 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...